Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Nov 6, 2009

私の友達になってくれない??

"Dan bersabarlah engkau (Muhammad) bersama orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia; dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti keinginannya dan keadaannya sudah melewati batas" (Al-Kahf; 28)

"Maka tinggalkanlah (Muhammad) orang yang berpaling dari peringatan Kami, dan dia hanya mengingini kehidupan dunia" (Al-Najm; 29)

Jika kau melayaninya, dia akan melindungi mu;
Jika kau bersahabat dengannya, dia adalah perhiasan mu;
Jika kau kekurangan nafkah, dia akan mencukupi keperluan mu;
Jika kau menghulurkan tangan memberikan bantuan, dia akan menerima dengan rasa terharu;
Jika kau meminta sesuatu, dia akan pasti memberi dengan senang hati kepada mu;
Jika kau berdiam diri, dia akan menyapa mu terlebih dahulu;
Jika kau bersedih duka, dia akan menghiburkan hati mu;
Jika kau berkata-kata; dia pasti percaya tanpa syak;
Jika kau berhadapan dengan masalah; dia akan setia mendengar masalah mu;
Jika kau berselisih faham dengannya; dia akan mengalah terlebih dahulu;
Jika dia melihat kebaikan mu; dia akan menghitung-hitungnya dan menganggapnya sangat berguna;
Jika dia melihat keburukan mu; dia akan sedaya upaya menutupinya serapi mungkin;

Jom kita cari sahabat yang ada sifat-sifat macam kat atas ni. Tapi, sebaiknya kita ubah diri kita dulu sebelum kita nakkan sahabat macam kat atas ni(o^_^o)

Nov 4, 2009

Aku Rindu Kamu

Bila rindu itu datang
Hati ini meronta mahu pulang
Kembali ke halaman
Tempat mula bertatih berlari
Mengejar sang belalang
Mengejar si rama-rama cantik berseri

Bila rindu itu tiba
Jiwa bagaikan kosong
Minda dibayangi bayangan silam
Helaian tawa insan tersayang
Gurauan senda manusia teristimewa

Bila rindu itu menjelma
Pundak dada terasa bebanan
Mahu saja terus berlari
Meleraikan yang terbungkam di kalbu
Mahu saja terus pergi
Ketemu mu
memeluk mu
penawar rindu

Biarkan aku dengan rinduku
Kerna rinduku ada ertinya
Rinduku hanya untuk dia yang ku cinta
Rinduku pasti ada harumnya
Seharum ros mekar di taman mu

Aku rindu pada mu
kerna ku tahu
Kau jua merinduiku.....

Nov 3, 2009

HUJAN AIS

Dekat luar hujan.
Tapi bukan hujan biasa.
Bukan air yang turun.
Tapi AIS.
Dah pegang, memang ais.

Apa ya nama fenomena ni.

Hari ni memang sejuk.
Suhu paling tinggi 7 darjah celcius.
Ada orang menjangkakan hari ni salji dah turun.

Walau apa pun semuanya kuasa Allah
Subhanallah, Allahuakbar

Ni gambar2 yang sempat diambil.
Kat luar sejuk.
Tak tahan nak hulur tangan lama..huhu